ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 2 - PEMBUKTIAN
BAB 4 - KETERANGAN LISAN



Seksyen 47. Keterangan lisan mestilah secara langsung.

(1) Keterangan lisan hendaklah dalam segala hal apa pun diberikan secara langsung, iaitu---
(2) Pendapat pakar yang dinyatakan dalam sesuatu treatis yang biasanya ditawarkan untuk jualan dan alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang bolehlah dibuktikan dengan mengemukakan treatis itu.

(3) Jika keterangan lisan itu merujuk kepada kewujudan atau keadaan apa-apa benda material, termasuk sesuatu dokumen, maka mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menghendaki benda atau dokumen itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.