ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 16. Memeriksa orang-orang yang kena tangkap.

(1) Apabila seseorang itu ditangkap-
Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang membuat tangkapan itu boleh memeriksa orang itu dan merampas segala barang-barang selain daripada pakaian yang diperlukan pada dirinya, dan menyimpan barang-barang itu di tempat yang selamat, dan apa-apa barang yang atas sebab-sebab yang boleh dipercayai adalah alat yang digunakan untuk melakukan kesalahan boleh disimpan hingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

(2) Senarai semua benda yang dirampas hendaklah dicatatkan oleh pegawai yang menangkap dan ditandatangani olehnya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.