Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN VIII



Seksyen 29. Qatlul-al-'amd

(1) Sesiapa menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan suatu perbuatan dengan niat untuk menyebabkan kematian, atau kecederaan badan yang pada kebiasaannya memadai atau mungkin akan menyebabkan kematian; atau melakukan suatu perbuatan dengan pengetahuan bahawa perbuatannya itu adalah sebegitu sekali bahaya hingga mungkin sekali menyebabkan kematian adalah melakukan qatlul-al-'amd.

(2) Sesiapa melakukan suatu perbuatan dengan niat atau dengan pengetahuan bahawa perbuatannya mungkin akan menyebabkan kematian, adalah juga telah menyebabkan kematian mana-mana orang yang kematiannya dia tidak berniat untuk menyebabkan atau tidak tahu mungkin akan menyebabkan, adalah malakukan qatlul-al-'amd.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.