ENAKMEN 17 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan



Fasal 18. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syarie.

(1) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu –


maka Pendaftar hendaklah, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

(2) Hakim Syarie, apabila berpuashati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud-maksud subseksyen 14(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali hakim bagi maksud-maksud perenggan 13 (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.