ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993
BAHAGIAN II - PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN
Seksyen 3. Perlantikan Jawatankuasa Zakat dan Fitrah.
(1) Bagi maksud-maksud Enakmen ini, Majlis boleh melantik suatu Jawatankuasa Zakat dan Fitrah.
(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri dari anggota-anggota yang berikut -
(a) seorang Pengerusi yang menjawat jawatan Mufti Negeri Sabah;
(b) seorang Timbalan Pengerusi yang menjawat jawatan Setiausaha Majlis;
(c) seorang Setiausaha Jawatankuasa yang menjawat jawatan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat dan Fitrah yang ditubuhkan di bawah seksyen 8; dan
(d) lapan orang anggota lain, yang mana sekurang-kurangnya empat orang hendaklah dari Majlis yang dilantik oleh Menteri.
(3) Semua anggota Jawatankuasa kecuali mereka yang dilantik mengikut jawatan hendaklah dilantik selama tempoh tiga tahun dari tarikh lantikan mereka dan mereka boleh dilantik semula.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.