ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 44. Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah.
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali-
(a)
jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini;
(b)
jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syarak; dan
(c)
jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Johor.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.