ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 62. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan cagaran diberi bagi nafkah.

Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau mana-mana bahagian daripadanya dengan meletakhak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah sebagai amanah untuk membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.