ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN III - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 32. Peguam Syar'ie.

(1) Tertakluk kepada subsekyen (2) dan (3), Ketua Hakim Syar'ie Negeri boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, menerima masuk mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Undang-Undang Islam dan Enakmen-Enakmen mengenai hal ehwal Islam yang berkuat kuasa dalam Negeri, menjadi Peguam Syar'ie untuk mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah.

(2) Ketua Hakim Syar' ie boleh membuat kaedah-kaedah untuk-


(3) Walau apapun subseksyen (1) -


boleh bertindak sebagai Peguam Syar'ie bagi mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding dalam Mahkamah Syariah jika pihak itu boleh diwakili olehnya dalam Mahkamah Sivil menurut kuasa Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] atau Ordinan Peguambela Sabah [Bab 2] atau Ordinan Peguambela Sarawak [Bab 110] tanpa anggota atau orang itu perlu diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di bawah Akta atau Ordinan-Ordinan itu.

(4) Walau apapun subsekyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima menjadi Peguam Syar'ie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain di Malaysia boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, hendaklah diterima sebagai Peguam Syar'ie bagi negeri Sabah apabila permohonan dibuat olehnya dan diluluskan oleh Ketua Hakim Syar'ie Negeri dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima sebagai Peguam Syar'ie di Negeri lain itu.

(5) Seseorang yang, sebelum sahaja Enakmen ini mula berkuat kuasa telah diterima menjadi Peguam Syar'ie di bawah Enakmen dimansuhkan hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini dan apa-apa kaedah mengenai Peguam Syar'ie yang dibuat di bawah Enakmen ini, disifatkan telah diterima menjadi Peguam Syar'ie dan hendaklah berhak hadir di mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah.

(6) Walau apa-apa juga yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun, selain Peguam Syar'ie atau orang yang disebut dalam subseksyen (3), berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi mewakili mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.