ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VII - HADHANAH



Seksyen 76. Perintah menetapkan ibu atau bapa tidak layak menjaga anak.

(1) Mahkamah boleh, apabila membenarkan suatu perceraian atau pada bila-bila masa selepas perceraian, atas permohonan bapa atau ibu seorang anak dari pernikahan itu , atau atas permohonan sesiapa yang berkepentingan membuat perintah menetapkan ibu, bapa atau seorang yang berhak menjaga anak itu sebagai tidak layak menjaga anak itu dan boleh pada bila-bila masa membatalkan perintah itu.

(2) Perintah yang dibuat di bawah seksyen-kecil (1) masih berkuatkuasa, walaupun orang yang lebih berhak menjaganya itu mengikut susunan pertalian nikah telah mati melainkan Mahkamah memerintah sebaliknya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.