ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXI - PEMBAHAGIAN KADAR



Seksyen 165. Harta yang ditahan oleh perintah atau penghakiman oleh berbagai Mahkamah.

Jika sesuatu harta yang bukan dalam penjagaan mana-mana Mahkamah di bawah tahanan semasa melaksanakan perintah atau penghakiman yang dibuat oleh lebih daripada satu Mahkamah, Mahkamah yang akan menerima atau menghasilkan harta itu dan yang akan menentukan mana-mana tuntutan mengenainya dan mana-mana bantahan terhadap tahanan itu hendaklah Mahkamah yang tertinggi bidangkuasanya atau jika tidak ada perbezaan di dalam peringkat bidangkuasa antara Mahkamah-Mahkamah tersebut, Mahkamah yang di bawah perintahnya atau penghakimannya harta itu mula-mula ditahan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.