ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN



Seksyen 164. Deposit perbelanjaan

(1) Bailif tidaklah diwajibkan mengambil apa-apa tindakan di bawah suatu perintah bagi pelaksanaan sehingga pemiutang penghakiman telah mendepositkan sejumlah wang yang pada pendapat bailif mencukupi untuk membayar apa-apa perbelanjaan pelaksanaan, termasuk perbelanjaan menyimpan milik apa-apa harta selama tempoh tidak melebihi empat belas hari, dan jika bailif terpaksa menyimpan harta itu melebihi empat belas hari dia boleh menghendaki supaya deposit tambahan dibayar dan jika deposit itu tidak dibayar dia boleh melepaskan harta itu.

(2) Bailif hendaklah menyimpan rekod mengenai semua wang yang didepositkan dengannya di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.