ENAKMEN 9 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN VIII - AM
Seksyen 218. Afidavit bersumpah.
(1) Tertakluk kepada apa-apa kaedah yang dibuat oleh Mahkamah, mana-mana afidavit boleh digunakan di Mahkamah jika ia telah dibuat dengan sumpah -
(a)
di Malaysia, di hadapan mana-mana Hakim,
Qadi
atau Pendaftar;
(b)
di Singapura atau Brunei Darussalam, di hadapan mana-mana Hakim atau
Qadi;
atau
(c)
di mana-mana tempat lain, di hadapan mana-mana pegawai Islam yang menjalankan fungsi konsuler bagi pihak Kerajaan Malaysia.
(2) Mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada meterai atau tandatangan mana-mana Hakim,
Qadi,
Pendaftar, atau pegawai konsul yang dituliskan atau dinamakan dalam mana-mana afidavit.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.