ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PENGAKADNIKAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 41. Membetulkan kesilapan.


(1) Jika Pendaftar berpuas hati melalui akuan berkanun atau selainnya bahawa sesuatu catatan berhubungan dengan sesuatu perkahwinan adalah silap pada bentuk atau isinya, dia boleh, di hadapan orang-orang yang bernikah itu, atau, jika mereka tidak ada, di hadapan dua orang saksi yang boleh dipercayai, membetulkan kesilapan itu dengan memotong catatan itu dan membuat catatan yang betul dan dia hendaklah selepas itu mengarahkan supaya catatan dalam Daftar Perkahwinan tempatan dibetulkan mengikut cara yang sama.

(2) Pendaftar hendaklah menandatangani dan mentarikhkan pembetulan yang dibuat dalam surat perakuan nikah itu dan dalam Daftar Perkahwinan tempatan itu.

(3) Tiap-tiap catatan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah diakusaksi oleh saksi-saksi yang dihadapannya catatan itu telah dibuat.

(4) Suatu salinan pembetulan itu yang diperakui hendaklah dihantar serta-merta kepada Ketua Pendaftar supaya suatu pembetulan yang serupa dibuat dalam Daftar Perkahwinannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.