ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Qarinah



Seksyen 8. Motif, persediaan dan kelakuan dahulu atau selepas.

(1) Sesuatu fakta adalah qarinah jika ia menunjukkan atau menjadikan sesuatu motif atau persediaan bagi sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan.

(2) Kelakuan sesuatu pihak atau kelakuan seseorang agen kepada sesuatu pihak dalam mana-mana guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan apa-apa fakta persoalan dalamnya atau yang relevan dengannya, dan kelakuan seseorang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara mana-mana prosiding, adalah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh apa-apa fakta persoalan atau fakta relevan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau selepasnya.

MlSALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.