ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 106. Penyingkiran keterangan bagi menyangkal jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang menguji kebenaran.

Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab sesuatu soalan yang berkaitan dengan siasatan itu hanya setakat yang boleh melemahkan kebenarannya dengan membencanakan wataknya, maka tiadalah apa-apa keterangan boleh diberi bagi menyangkal, akan tetapi jika dia menjawab dengan palsunya dia bolehlah kemudiannya dipertuduhkan kerana memberi keterangan palsu.

Kecualian 1 - Jika seseorang saksi ditanya sama ada dia dahulunya telah disabitkan atas apa-apa kesalahan dan dia menafikannya, maka keterangan bolehlah diberi mengenai sabitan yang dahulu itu.

Kecualian 2
- Jika seseorang saksi ditanya apa-apa soalan yang boleh mencabar kesaksamaannya dan dia menjawab dengan menafikan nyataan-nyataan yang dibayangkan itu, maka dia bolehlah disangkal.
MISALAN - MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.