ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 49. Menjual makanan dan makan dalam bulan Ramadan.


(1) Seseorang yang pada waktu siang di dalam bulan Ramadan didapati makan atau minum atau membeli makanan atau minuman untuk dimakan atau diminum olehnya dengan serta-merta atau menjual atau memberi kepada orang yang beragama Islam makanan atau minuman untuk dimakan atau diminum dengan serta-merta adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang yang didapati menghisap sebarang tembakau atau seumpamanya pada waktu siang dalam bulan Ramadan adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.