ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XVII - PERBICARAAN



Seksyen 118. Tindakan tidak dibela.

(1) Dalam mana-mana tindakan, Mahkamah boleh membenarkan kes plaintif dibuktikan melalui keterangan dalam afidavit jika defendan tidak memfailkan pembelaannya atau setelah memfailkan pembelaannya tidak hadir di hari perbicaraan.

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh, jika ia fikir patut, menghendaki kes itu dibuktikan melalui keterangan lisan dan boleh menangguh perbicaraan untuk maksud tersebut.

(2) Dalam mana-mana tindakan, Mahkamah boleh membenarkan sesuatu fakta tertentu dibuktikan melalui afidavit, tetapi kebenaran tidak boleh diberi jika fakta itu dipertikaikan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.