ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 26. Saraan, elaun dan prosedur.


(1) Maka hendaklah dibayar kepada ahli-ahli Majlis atau Jawatankuasanya atau mana-mana orang lain apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa melalui arahan.

(2) Majlis boleh, tertakluk kepada Enakmen ini menentukan semua perkara berkaitan dengan prosedur dan amalannya sendiri:

Dengan syarat amalan-amalan dan prosedur yang dipakai oleh Kerajaan Negeri boleh digunakan sebagai panduan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.