ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 6. Perbuatan yang dilakukan menurut penghakiman atau perintah Mahkamah.

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa yang dilakukan pada menurut hukum atau perintah Mahkamah atau apa-apa yang berkuatkuasa pada sisi hukuman atau perintah Mahkamah, jika dilakukan dalam masa hukuman atau perintah itu masih berjalan kuatkuasanya, walaupun Mahkamah itu mungkin tidak mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman atau perintah itu dengan syarat orang yang melakukan perbuatan itu percaya dengan suci hati bahawa Mahkamah itu ada mempunyai kuasa itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.