ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB I - AM



Seksyen 18. Percantuman pihak

(1) Dua orang atau lebih boleh dicantumkan sekali dalam satu tindakan sebagai plaintif atau defendan dengan kebenaran Mahkamah atau jika—

(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika Mahkamah mendapati bahawa apa-apa percantuman boleh menyulitkan mana-mana defendan atau melengahkan perbicaraan atau selainnya menyusahkan, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan defendan, memerintahkan supaya diadakan perbicaraan berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut.

(3) Penghakiman boleh diberikan tanpa apa-apa pindaan kepada mana-mana plaintif bagi relief yang dia berhak mendapatnya, atau terhadap seorang defendan atau terhadap mana-mana seorang defendan atau lebih yang didapati bertanggungan mengikut tanggungan mereka masing-masing.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.