ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 10. Orang-orang dari agama lain.
(1) Tiada seorangpun lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam.
(2) Tiada seorangpun perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua di bawah seksyen ini boleh menghalang daripada diambil tindakan mengenai kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan ke atas seseorang bukan Islam di Mahkamah yang berbidangkuasa kompeten.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.