ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXIX - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH



Seksyen 222. Saksi pakar.

(1) Seseorang yang perlu menghadiri Mahkamah sebagai saksi pakar boleh dibenarkan bayaran kerana kelayakannya dan kerana memberi keterangan, tetapi feenya tidak boleh melebihi $50.00 kerana kelayakannya dan $25.00 bagi tiap-tiap hari ia hadir di Mahkamah kecuali atas alasan-alasan yang khusus.

(2) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 221 keperluan menghadiri Mahkamah hendaklah ditentukan mengikut kebiasaan perjalanan sesuatu perbicaraan itu. Kehadirannya boleh menjadi perlu walaupun saksi itu tidak sebenarnya dipanggil dan walaupun sapina tidak dikeluarkan kepadanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.