ENAKMEN 9 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 9 - DARIHAL PENGGANTUNGAN, PEREMITAN DAN PERINGANAN HUKUMAN



Seksyen 132. Kuasa untuk menggantung atau meremitkan hukuman.

(1) Apabila mana-mana orang telah dihukum bagi sesuatu kesalahan, Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Mufti boleh pada bila-bila masa, tanpa syarat, atau dengan apa-apa syarat yang diterima oleh orang yang dihukum itu, menggantung atau meremitkan pelaksanaan keseluruhan atau mana-mana bahagian hukuman itu.

(2) Bilamana sesuatu permohonan dibuat kepada Yang di-Pertua Negeri bagi penggantungan atau peremitan sesuatu hukuman, Yang di-Pertua Negeri boleh menghendaki Hakim yang membuat sabitan itu supaya menyatakan pendapatnya tentang sama ada permohonan itu boleh dibenarkan atau ditolak dan Hakim itu hendaklah menyatakan pendapatnya dengan sewajarnya.

(3) Jika mana-mana syarat yang berdasarkannya sesuatu hukuman telah digantung atau diremitkan telah tidak, pada pendapat Yang di-Pertua Negeri, dipenuhi, Yang di-Pertua Negeri boleh membatalkan penggantungan atau peremitan itu; dan dengan itu orang yang bagi faedahnya hukuman itu telah digantung alau diremitkan boleh, jika dia telah dilepaskan, ditangkap oleh mana-mana Pegawai Polis atau Pegawai Pengual Kuasa Agama tanpa waran dan ditahan oleh seorang Hakim untuk menjalani bahagian hukuman yang belum habis itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.