ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 151. Petisyen rayuan.

(1) Dalam tempoh sepuluh hari dari tarikh notis disampaikan di bawah seksyen 150 (2), perayu hendaklah memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah satu petisyen rayuan dalam lima salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Setiap petisyen rayuan hendaklah ditandatangani oleh perayu atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi butir-butir tentang persoalan undang-undang atau fakta yang Mahkamah membicarakannya dikatakan telah silap dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan Syariah, perayu tidak boleh semasa rayuan didengar merujuk kepada alasan rayuan yang lain daripada yang dinyatakan di dalam petisyen.

(3) Jika sesuatu petisyen tidak difailkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik, tetapi tiada apa-apa yang terkandung di dalam seksyen ini boleh menghadkan atau menyekat kuasa memanjangkan tempoh yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan Syariah oleh seksyen 154.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.