ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Kuasa Menyemak



Seksyen 60. Kuasa dalam hal penyemakan.

(1) Mahkamah Apil Syar'iah atau Mahkamah Tinggi Syar'iah boleh, dalam mana-mana kes di mana rekod prosiding telah dipanggil olehnya atau yang secara lain datang kepada pengetahuannya, menggunakan mana-mana kuasa yang diberi oleh seksyen-seksyen 39, 43, 44, dan 45.

(2) Perintah di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sehingga memudaratkan yang kena tuduh kecuali dia telah diberi peluang untuk didengar, sama ada secara persendirian atau oleh peguamnya, bagi membela dirinya.

(3) Tiada apa-apa di dalam seksyen ini yang boleh dianggap sebagai membenarkan Mahkamah Apil Syar'iah atau Mahkamah Tinggi Syar'iah menukarkan keputusan pembebasan kepada sabitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.