ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN V - PEGUAM SYARIE
Seksyen 34. Wakalah.
(1) Pelantikan seorang Peguam Syarie hendaklah dilafazkan oleh orang yang melantiknya, dan diterima oleh Peguam Syarie yang dilantik sedemikian, di hadapan Mahkamah atau Pendaftar.
(2) Jika seorang Peguam Syarie telah menerima perlantikannya di bawah subseksyen (1), dia hendaklah, sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu, memfailkan suatu
wakalah
dalam Borang MS 5.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.