ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"
baligh" ertinya sudah cukup umur mengikut Hukum Syarak;

"Enakmen Pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M [
En. Tr. 2/2001];

"fatwa" ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah seksyen 50 Enakmen Pentadbiran;

"Hakim" ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik masing-masing di bawah subseksyen 7 (1), 8 (1) dan 9 (1) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 [
En. Tr.];

"Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf;

"Jawatankuasa Fatwa" ertinya Jawatankuasa Fatwa yang ditubuhkan di bawah seksyen 48 Enakmen Pentadbiran;

"Mahkamah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1), 4 (2) dan 4 (3) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Enakmen Pentadbiran;

"Mufti" ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi Negeri Terengganu di bawah seksyen 46 Enakmen Pentadbiran, dan termasuklah Timbalan Mufti.

"mukallaf" ertinya seorang yang beragama Islam yang telah sampai umur mengikut Hukum Syarak dan tidak rosak akal fikirannya serta tidak pekak dan buta;

"
muncikari" ertinya seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa maksud yang menyalahi Hukum Syarak;

"
musahaqah" ertinya perhubungan seks sesama perempuan;

"pusat pemulihan diluluskan" ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 66;

"rumah diluluskan" ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 66;

"sumbang
mahram" ertinya persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang dilarang mengahwini satu sama lain di bawah Hukum Syarak;

"
takfir" ertinya menganggap seseorang orang Islam sebagai orang bukan Islam;

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [
Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing dalam Akta-Akta itu setakat yang erti sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.