ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN XI - AM



Seksyen 138. Hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang tiada diperuntukkan hukumannya.

(1) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Ordinan ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya yang mana hukuman tidak ada diperuntukkan dengan nyata baginya hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya denda dan pemenjaraan itu.

(2) Hukuman penjara boleh dijatuhkan jika ingkar membayar denda di bawah Ordinan ini tetapi hukuman penjara itu tidaklah boleh melebihi separuh daripada hukuman bagi kesalahan itu atau tujuh hari jika kesalahan itu boleh dihukum dengan denda sahaja.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.