ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 9 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERKAITAN DENGAN TESTIMONI SAKSI.



Seksyen 125. Bila saksi tidak perlu diperiksa.

Hakim tidak perlu memeriksa mana-mana saksi yang telah diperiksa dan didapati "adil" di bawah Bahagian ini jika dia menjadi saksi di hadapan hakim yang sama dalam prosiding yang kemudian dan lat tempoh di antara kedua-dua prosiding itu tidak melebihi enam bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.