ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai pencelaan agama dan institusinya



Seksyen 52. Perbuatan atau ajaran salah.

Mana-mana orang yang mengajar Agama Islam atau menghuraikan perkara yang sama kepada seseorang atau sekumpulan orang di tempat awam atau sebaliknya atau menjalankan sesuatu upacara atau sesuatu perbuatan yang berlawanan dengan Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan segala dokumen dan peralatan yang berkaitan dengan sabitan itu hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.