ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 36. Membinasa atau mencemar tempat ibadat.

Sesiapa yang membinasa, merosak, atau mencemarkan mana-mana tempat ibadat, masjid atau surau, atau apa-apa peralatannya, dengan niat hendak mencela atau mengeji Agama Islam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.