ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN II - BUKTI
BAB V - KETERANGAN DOKUMENTAR
Dokumen yang dikeluarkan oleh Komputer
Seksyen 75. Seksyen 73 dan 74 terpakai walau apa pun peruntukan lain mana-mana undang-undang bertulis.
Peruntukan seksyen 73 dan 74 hendaklah terpakai walau apa pun peruntukan yang tak konsisten dengannya, atau berlawanan dengannya, yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemerakuan, pengeluaran atau pencabutan dokumen atau dalam apa-apa rukun undang-undang atau amalan yang berhubungan dengan pengemukaan, penerimaan, atau pembuktian, keterangan dalam mana-mana prosiding jenayah atau mal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.