ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN III - PERLANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATAN KUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN KEPENTINGAN KEBANGSAAN



Fasal 45. Fungsi Mufti.

Mufti hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dan pentadbiran kerajaan berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Johor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.