ENAKMEN 7 TAHUN 1983
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 8. Umur minima untuk perkahwinan.

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syar'iah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.