ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 16. Melarikan isteri orang dan menghalang suami isteri duduk bersama.

(1) Mana-mana orang yang melarikan atau menyebabkan seseorang isteri orang lain meninggalkan rumahtangga yang ditentukan oleh suaminya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah mestilah memerintahkan supaya isteri itu kembali kepada suaminya.

(2) Mana-mana orang yang menghalang pasangan suami isteri daripada duduk bersama sebagai suami isteri yang sah adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah mestilah memerintahkan pasangan suami isteri itu kembali duduk bersama sebagai suami isteri yang sah semula.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.