ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan-

"anak dara" ertinya seorang perempuan yang belum pernah bersetubuh, sama ada sudah berkahwin atau belum;

"balu" ertinya perempuan yang suaminya telah mati;

"bermastautin" ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya dalam sesuatu kawasan yang tertentu;

"
darar syar'i" ertinya bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran, atau hartabenda, menurut kebiasaan yang diakui oleh Hukum Syara';

"duda" ertinya lelaki yang isterinya telah mati;


"Enakmen Pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 [En.Tr .12/86.];

"fasakh" ertinya pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh Hukum Syara' menurut seksyen 49;

"Hakim Syar'i" ertinya seseorang Qadi yang dilantik di bawah seksyen 28 Enakmen Pentadbiran, dan termasuklah Qadi Besar;

"harta sepencarian" ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara';

"janda" ertinya perempuan yang telah bernikah dan diceraikan setelah bersetubuh;

"Jurunikah" ertinya seseorang Jurunikah yang dilantik di bawah seksyen 26;

"Ketua Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam yang dilantik di bawah seksyen 26;


"Kitabiyah" ertinya-


"lafaz", berhubungan dengan talaq, ertinya lafaz secara lisan, bertulis, atau dengan isyarat;

"Mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi Syar'iah atau Mahkamah Rendah Syar'iah, mengikut mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 29 Enakmen Pentadbiran;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Enakmen Pentadbiran;

"mas kahwin" ertinya pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara' oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara', dapat dinilai dengan wang;


"mukim" mempunyai erti yang sama seperti dalam Kanun Tanah Negara [56/65].;

"mut'ah" ertinya pemberian saguhati yang diberi menurut Hukum Syara' kepada isteri yang diceraikan;

"
nasab" ertinya keturunan melalui pertalian darah yang sah menurut Hukum Syara';

"Negeri" termasuklah Wilayah Persekutuan;

"Pendaftar" ertinya seorang Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam yang dilantik di bawah seksyen 26, dan, kecuali dalam seksyen 6, termasuklah Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar;

"persetubuhan
syubhat" ertinya persetubuhan yang dilakukan atas anggapan sah akad nikah akan tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap, dan termasuklah mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum had dalam Islam;

"
ruju' " ertinya perkembalian kepada nikah yang asal;

"sesusuan" ertinya penyusuan bayi dengan perempuan yang bukan ibu kandungnya sekurang-kurangnya sebanyak lima kali yang mengenyangkan dalam masa umurnya dua tahun ke bawah;

"tak sahtaraf", berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah tetapi bukan hasil daripada persetubuhan
syubhat;

"
ta'liq" ertinya ikrar, sama ada secara lisan atau bertulis, yang dibuat oleh suami sesudah akadnikah atau pada bila-bila masa kemudiannya, bahawa isterinya akan tertalak apabila berlakunya kejadian yang ditentukan dalam ikrar itu;

"tarikh yang ditetapkan" ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 1(2) untuk mula berkuatkuasanya Enakmen ini;

"
thayyib" ertinya perempuan yang pernah bersetubuh;

"wali Raja" ertinya seseorang yang diberi kuasa dengan Tauliah oleh Raja untuk menjadi wali dalam perkahwinan bagi mana-mana perempuan yang tidak mempunyai wali menurut Hukum Syara'.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalam seksyen ini tetapi ditakrifkan dalam Enakmen Pentadbiran hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan, mempunyai makna yang diberi kepadanya masing-masing oleh Enakmen itu.





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.