ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005


JADUAL KEDUA
JADUAL KEDUA

[Subseksyen 21(2)]

PANEL PENASIHAT PENGURUSAN WAKAF


1. Tafsiran “Pengerusi”.

Dalam Jadual ini, “Pengerusi” ertinya Pengerusi Panel Penasihat yang dilantik di bawah butiran 2(a).

2. Keanggotaan Panel Penasihat.

Panel Penasihat hendaklah terdiri daripada—
3. Tempoh memegang jawatan.

(1) Anggota Panel Penasihat yang dilantik di bawah butiran 2(f) hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan boleh dilantik semula, sama ada atau tidak bagi suatu tempoh yang berturut-turut.

(2) Walau apa pun perenggan 5 dan 6, pelantikan anggota Panel Penasihat di bawah butiran 2(f) boleh, pada bila-bila masa, ditamatkan oleh Majlis tanpa memberi apa-apa sebab.

(3) Anggota Panel Penasihat yang dilantik di bawah butiran 2(f) boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberi suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada Pengarah.

4. Anggota silih ganti.

(1) Majlis boleh melantik seorang anggota silih ganti berkenaan dengan setiap anggota Panel Penasihat yang dilantik—

bagi menghadiri mesyuarat Panel Penasihat sebagai ganti anggota itu bila anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.

(2) Apabila menghadiri mesyuarat Panel Penasihat sebagai ganti seseorang anggota, seorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Panel Penasihat.

(3) Anggota silih ganti hendaklah terhenti menjadi anggota sedemikian jika anggota yang dia ialah anggota silih gantinya berhenti menjadi anggota.

5. Pengosongan jawatan.

Jawatan seseorang anggota Panel Penasihat hendaklah menjadi kosong—

6. Pembatalan pelantikan anggota Panel Penasihat.

Majlis boleh membatalkan pelantikan anggota Panel Penasihat jika—

7. Pelantikan pengganti.

Jika pelantikan mana-mana anggota Panel Penasihat telah menjadi kosong di bawah perenggan 5 atau dibatalkan di bawah perenggan 6, Majlis hendaklah melantik mana-mana orang sebagai pengganti mengikut peruntukan perenggan 3 dan 4.

8. Mesyuarat.

(1) Panel Penasihat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun.

(2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Panel Penasihat dan jika Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(3) Pengerusi, atau Timbalan Pengerusi jika dia yang mempengerusikan mesyuarat, dan empat anggota Panel Penasihat yang lain hendaklah membentuk kuorum bagi mesyuarat Panel Penasihat.

(4) Anggota-anggota Panel Penasihat hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai segala keputusan mesyuarat secara konsensus.

9. Panel Penasihat boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat.

(1) Panel Penasihat boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Panel Penasihat bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangantelitian itu.

(2) Mana-mana orang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun yang dibelanjakan daripada Baitulmal.

10. Penzahiran kepentingan.

(1) Seseorang anggota Panel Penasihat yang secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui keluarga atau pekongsinya, suatu kepentingan dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Panel Penasihat, hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Panel Penasihat.

(2) Penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Panel Penasihat dan anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan Panel Penasihat yang berhubung dengan perkara itu.

11. Minit.

(1) Pendaftar hendaklah menyebabkan minit segala mesyuarat Panel Penasihat disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Panel Penasihat, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(3) Tiap-tiap mesyuarat Panel Penasihat yang minit berkenaan dengan prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan wajarnya untuk bertindak.

(4) Salinan minit segala mesyuarat Panel Penasihat, yang telah disahkan sewajarnya, hendaklah dikemukakan kepada Majlis dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan.

12. Kesahan perbuatan dan prosiding.

Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang dibuat di bawah Enakmen ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

13. Panel Penasihat hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain dalam Enakmen ini, Panel Penasihat hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.


Diluluskan dalam Dewan Negeri yang bersidang pada 16 Ogos 2005

YAAKOP BIN RANTAU
Setiausaha
Dewan Undangan Negeri
Negeri Sembilan




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.