Enakmen Original

NEGERI KEDAH

ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989


Tarikh Persetujuan DiRaja :5 Julai 1990
Tarikh disiarkan dalam Warta :26 Julai 1990
Tarikh mula berkuatkuasa :1 Julai 1990 [K.P.U. 11/90]
_____________
SUSUNAN SEKSYEN
_____________
Tajuk panjang & mukadimah.

BAHAGIAN I - PERKAITAN

Bab I - PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.
Seksyen 2. Pemakaian.
Seksyen 3. Tafsiran.
Seksyen 4. Anggapan.

Bab II - QARINAH

Seksyen 5. Keterangan boleh diberi mengenai kenyataan yang menjadi soal dan Qarinah.
Seksyen 6. Nyataan yang menjadi sebahagian urusan.
Seksyen 7. Nyataan yang menjadi punca, sebab atau natijah bagi nyataan yang menjadi soal.
Seksyen 8. Sebab, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian.
Seksyen 9. Nyataan-nyataan yang perlu menghuraikan atau mengemukakan nyataan-nyataan yang ada hubungan.
Seksyen 10. Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh seseorang yang berpakat jahat berkenaan dengan rancangan
Seksyen 11. Bila nyataan-nyataan boleh menjadi qarinah.
Seksyen 12. Dalam guaman menuntut ganti rugi nyataan yang membolehkan Mahkamah menentukan kadar ganti rugi adalah qarinah.
Seksyen 13. Qarinah apabila hak atau Urf' dipersoalkan.
Seksyen 14. Nyataan-nyataan yang menunjukkan keadaan fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh.
Seksyen 15. Nyataan-nyataan berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja.
Seksyen 16. Bilakah wujudnya perjalanan urusan menjadi qarinah.

IQRAR (PENGAKUAN)

Seksyen 17. Takrif Iqrar.
Seksyen 18. Syarat-syarat Iqrar.
Seksyen 19. Iqrar ketika marad al-maut.

KENYATAAN OLEH ORANG-ORANG YANG TIDAK BOLEH DIPANGGIL SEBAGAI SAKSI

Seksyen 20. Hal-hal dalam mana kenyataan yang berkaitan oleh orang yang telah mati atau yang tidak dijumpai, dsb. adalah qarinah.
Seksyen 21. Perkaitan keterangan yang tertentu bagi membuktikan dalam pembicaraan yang terkemudian tentang kebenaran nyataan yang tersebut di dalamnya.

KENYATAAN-KENYATAAN YANG DIBUAT DALAM KEADAAN-KEADAAN KHAS

Seksyen 22. Bila catatan-catatan dalam buku kira-kira berkaitan.
Seksyen 23. Perkaitan catatan di dalam rekod awam pada menjalankan kewajipan.
Seksyen 24. Perkaitan kenyataan-kenyataan di dalam peta-peta, carta-carta dan pelan-pelan.
Seksyen 25. Perkaitan kenyataan tentang nyataan awam yang terkandung di dalam sesuatu Akta, Ordinan atau pemberitahu.
Seksyen 26. Perkaitan nyataan tentang mana-mana undang-undang yang terkandung di dalam buku undang-undang.

SEBANYAK MANA KENYATAAN DIKEHENDAKI DIBUKTIKAN

Seksyen 27. Keterangan apa dikehendaki diberi apabila kenyataan ialah sebahagian daripada percakapan, suratan, buku atau siri surat atau kertas.

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN MAHKAMAH-MAHKAMAH KEADILAN BILA BERKAITAN

Seksyen 28. Keputusan-keputusan dahulu adalah berkaitan bagi menahan guaman atau pembicaraan yang kedua.
Seksyen 29. Perkaitan sesuatu keputusan dalam bidangkuasa pengesahan wasiat dan sebagainya.
Seksyen 30. Perkaitan dan natijah keputusan, perintah atau dikri lain daripada yang tersebut dalam seksyen 29.
Seksyen 31. Bila keputusan dan sebagainya lain daripada yang tersebut dalam seksyen-seksyen 28 hingga 30 berkaitan.
Seksyen 32. Prod atau pakatan bagi mendapatkan keputusan atau ketiadaan kelayakan Mahkamah boleh dibuktikan.

PENDAPAT ORANG-ORANG LAIN BILA BERKAITAN

Seksyen 33. Pendapat-pendapat pakar.
Seksyen 34. Nyataan-nyataan mengenai pendapat-pendapat pakar-pakar.
Seksyen 35. Bila pendapat tentang tulisan tangan berkaitan.
Seksyen 36. Bila pendapat tentang adanya hak atau Urf' berkaitan.
Seksyen 37. Bila pendapat tentang amalan-amalan dan kepercayaan-kepercayaan dan sebagainya berkaitan.
Seksyen 38. Bila pendapat atas pertalian adalah qarinah.
Seksyen 39. Bila alasan pendapat berkaitan.

WATAK BILA BERKAITAN

Seksyen 40. Dalam kes mal, watak bagi membuktikan kelakuan yang ditohmahkan tidaklah berkaitan.
Seksyen 41. Dalam kes jenayah watak yang dahulunya baik adalah berkaitan.
Seksyen 42. Watak yang dahulunya tidak baik tidaklah berkaitan kecuali bagi menjawab.

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI

Bab III - NYATAAN-NYATAAN YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN

Seksyen 43. Nyataan yang diberi pengiktirafan kehakiman tidak perlu dibuktikan.
Seksyen 44. Nyataan-nyataan yang Mahkamah mesti memberi Pengiktirafan Kehakiman.
Seksyen 45. Nyataan-nyataan yang diakui tidak perlu dibuktikan.

BAB IV - KETERANGAN LISAN

Seksyen 46. Membuktikan nyataan-nyataan dengan keterangan lisan.
Seksyen 47. Keterangan lisan mestilah secara terus.

Bab V - KETERANGAN SURATAN

Seksyen 48. Membuktikan kandungan suratan.
Seksyen 49. Keterangan asal.
Seksyen 50. Keterangan tak asal.
Seksyen 51. Membuktikan suratan dengan keterangan asal.
Seksyen 52. Bila keterangan tak asal bagi suratan boleh diberi.
Seksyen 53. Kaedah-kaedah tentang notis supaya mengemukakan.
Seksyen 54. Membuktikan tandatangan dan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menandatangan atau menulis suratan yang dikemukakan.
Seksyen 55. Pengakuan tentang tulisan, tandatangan atau meteri.
Seksyen 56. Membuktikan suratan.

SURATAN-SURATAN AWAM

Seksyen 57. Suratan-suratan awam.
Seksyen 58. Suratan-suratan sendirian.
Seksyen 59. Salinan-salinan yang diperakui bagi suratan awam.
Seksyen 60. Membuktikan suratan-suratan dengan mengemukakan salinan-salinan yang diperakui.
Seksyen 61. Bukti suratan-suratan rasmi.

ANGGAPAN-ANGGAPAN TENTANG SURATAN-SURATAN

Seksyen 62. Anggapan tentang salinan-salinan yang diperakui.
Seksyen 63. Anggapan tentang suratan-suratan yang dikemukakan sebagai rekod keterangan.
Seksyen 64. Anggapan tentang Warta-warta akhbar-akhbar dsb.nya.
Seksyen 65. Anggapan tentang peta-peta atau pelan-pelan yang dibuat dengan kuasa kerajaan.
Seksyen 66. Anggapan tentang setiap buku undang-undang dan laporan-laporan keputusan.
Seksyen 67. Anggapan tentang surat-surat kuasa wakil.
Seksyen 68. Anggapan tentang salinan-salinan yang diperakui bagi rekod kehakiman negara asing.
Seksyen 69. Anggapan tentang buku-buku, peta-peta dan rajah-rajah.
Seksyen 70. Anggapan tentang perutusan-perutusan telegraf.
Seksyen 71. Anggapan tentang penyempurnaan dsb. mengenai suratan yang tidak dikemukakan.

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN

Bab VI - BEBAN MEMBUKTI

Seksyen 72. Beban memberi Keterangan.
Seksyen 73. Beban membukti.
Seksyen 74. Atas siapakah letaknya beban membuktikan.
Seksyen 75. Beban membuktikan tentang nyataan yang tertentu.
Seksyen 76. Beban membuktikan nyataan yang dikehendaki dibuktikan supaya keterangan boleh diterima.
Seksyen 77. Beban membuktikan bahawa kes orang yang dituduh adalah termasuk di dalam kecualian.
Seksyen 78. Beban membuktikan nyataan yang diketahui secara khas.
Seksyen 79. Beban membuktikan kematian orang yang diketahui masih hidup dalam masa 30 tahun dahulunya.
Seksyen 80. Beban membuktikan masih hidup orang yang tiada apa-apa khabar telah didengar selama 4 tahun.
Seksyen 81. Beban membuktikan tentang kepunyaan.
Seksyen 82. Mahkamah boleh menganggap sesuatu nyataan sebagai ada.

Bab VII - SAKSI-SAKSI

Seksyen 83. Siapa yang boleh memberi syahadah dan Al-Bayyinah.
Seksyen 84. Saksi-saksi bisu.
Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibu bapa dan anak-anak sebagai saksi-saksi.
Seksyen 86. Bilangan saksi-saksi.
Seksyen 87. Cara memberi keterangan.
Seksyen 88. Keterangan seorang saksi dan sumpah.

Bab VIII - PEMERIKSAAN SAKSI-SAKSI

Seksyen 89. Bila saksi perlu diperiksa.
Seksyen 90. Jenis-jenis pemeriksaan.
Seksyen 91. Pemeriksaan rahsia.
Seksyen 92. Bilangan pemeriksa saksi.
Seksyen 93. Pemeriksaan terbuka.
Seksyen 94. Pemeriksaan terbuka adalah menjadi sebahagian dari keterangan (syahadah).
Seksyen 95. Bila saksi-saksi tidak perlu diperiksa.
Seksyen 96. Penafian ke atas saksi-saksi.
Seksyen 97. Apabila pemeriksa saksi berbeza pendapat.
Seksyen 98. Saksi-saksi ghaib.
Seksyen 99. Bila saksi-saksi boleh diminta bersumpah.

Seksyen 100. Hukum Syarak hendaklah dipakai bila tiada peruntukan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.