ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN X - ACARA DALAM PEMBICARAAN JENAYAH



Seksyen 211. Cara mendengar Ulangbicara.


(1) Apabila kes ulangbicara itu sedia didengar oleh Mahkamah Ulangbicara, pihak Merayu, jika hadir, hendaklah didengar dahulu dan kemudiannya pihak menentang pula hendaklah didengar ia membuat penentangannya dan pihak merayu adalah berhak menjawab penentang itu. Selepas itu Mahkamah Ulangbicara itu bolehlah membuat keputusannya.

(2) Jika, pada hari Ulangbicara kes itu didengar pihak merayu tidak hadir, maka Mahkamah Ulangbicara boleh menolak rayuan itu atau membuat apa-apa perintah yang difikirkan adil.

(3) Jika pada hari ulangbicara kes itu didengar pihak menentang tidak hadir, dan Mahkamah Ulangbicara tidak puas hati bahawa Notis Ulangbicara itu sudah diserahkan dengan sempurnanya kepada pihak menentang, maka mahkamah itu hendaklah menangguhkan mendengar kes itu.

(4) Tetapi jika Notis Ulangbicara sudah diserahkan dengan sempurnanya kepada pihak menentang dan pihak itu tidak hadir atau notis itu tidak dapat diserahkan kepadanya, maka Mahkamah Ulangbicara hendaklah mendengar Ulangbicara kes itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.