ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 16. Perbuatan dilakukan dengan suci hati untuk faedah kanak-kanak atau orang yang tidak sempurna akal, oleh atau dengan kerelaan penjaga.

Tiadalah apa-apa jua, yang dilakukan dengan suci hati untuk faedah seorang kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh atau seorang yang tidak sempurna akal, oleh atau dengan kerelaan, sama ada yang nyata atau yang disifatkan ada, penjaga atau orang lain yang sah di sisi undang-undang menjaga orang itu, menjadi kesalahan oleh sebab sesuatu kerosakan yang ia mungkin menyebabkan, atau diniat oleh orang yang melakukannya bagi menyebabkan, atau diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai mungkin menyebabkan, kepada orang itu:

Dengan syarat-
MISALAN

A
., dengan suci hati, untuk faedah anaknya, dengan tiada kerelaan anaknya telah mengadakan pembedahan atas anaknya oleh seorang doktor bedah untuk mengeluarkan batu karang, manakala mengetahui bahawa pembedahan itu mungkin menyebabkan kematian anaknya itu, tetapi tidak berniat menyebabkan kematian anaknya itu. A., adalah termasuk dalam kecualian ini oleh kerana tujuannya ialah hendak menyembuhkan penyakit anaknya itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.