ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 17. Takrif Iqrar.

(1) Iqrar ialah kenyataan seseorang tentang sesuatu obligasi orang lain ke atasnya yang dibuat secara lisan, tulisan atau isyarat dan di dalam hal-keadaan yang disebutkan kemudian daripada ini.

(2) Iqrar yang dibuat di luar Mahkamah hanya boleh diterima jika dibuat di hadapan dua orang saksi adil.

(3) Iqrar wakil dalam prosiding bagi pihak orang yang memberi wakil yang dibuat di hadapan Hakim adalah boleh diterima.

(4) Iqrar mengenai zina hanya boleh diterima jika ia dibuat di hadapan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.