ENAKMEN 9 TAHUN 1980
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1979

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH KADI



Sekyen 22. Perakuan feraid.

(1) Jika di dalam mana-mana persidangan Mahkamah Adat atau pihak berkuasa atau mana-mana orang yang ada kepentingan mengenai pentadbiran atau pembahagian harta pesaka si mati yang wajib dibahagikan mengikut Undang-undang Islam, Mahkamah Kadi boleh, atas permintaan mana-mana Mahkamah Adat, pihak berkuasa atau orang itu, mengeluarkan satu perakuan digelar perakuan feraid mengenai pembahagian harta itu serta orang-orang yang berhak kepadanya.

(2) Sebelum memberi perakuan seperti yang tersebut di dalam seksyen-kecil (1) Mahkamah Kadi hendaklah berdasarkan perakuan itu kepada kenyataan yang dikemukakan oleh Mahkamah Adat, pihak berkuasa atau orang itu dan berdasarkan mana-mana kenyataan yang diperolehinya dari hasil penyiasatannya sendiri:

Dengan syarat bahawa jika Mahkamah Kadi fikirkan patut, ia boleh sebelum membuat perakuan itu mendengar mana-mana pihak, di atas ikrar mengenai persoalan yang tidak jelas.

(3) Mahkamah Kadi boleh, mengikut budibicaranya, mengenakan bayaran di diatas tiap-tiap perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.