ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN HUKUMAN



Seksyen 124. Menganiaya isteri.

Seseorang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.