ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996


JADUAL KEDUA

[Seksyen 7 (2)]

PERKARA-PERKARA YANG HENDAKLAH DIMULAKAN DENGAN PERMOHONAN

1. Semua permohonan berhubungan dengan perkahwinan di bawah Bahagian II Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984 yang memerlukan kebenaran atau pengesahan Mahkamah.

2. Semua permohonan berhubungan dengan nafkah isteri, anak dan lain-lain di bawah Bahagian VI Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

3. Semua permohonan berhubungan dengan penjagaan di bawah Bahagian VII Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

4. Relief di bawah seksyen 102 dan 103 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

5. Semua permohonan kesahtarafan anak di bawah seksyen 106 hingga 116 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

6. Semua perkara mal yang tiada pertikaian yang cara prosiding tidak diperuntukkan dengan nyata di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Diluluskan pada 24hb April 1996.
[PSUK. PK. (BPK) 1A 355/9/8; PU. PK. 39/96.]


MHD. NAJRI BIN ABD. HAMID,
Setiausaha,
Dewan Perhimpunan Undangan Negeri,
Perak




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.