ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN DAN PENALTI



Seksyen 41. Memberikan maklumat palsu.

Mana-mana orang yang memberikan apa-apa penyataan yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah tidak benar, tidak tepat, atau palsu, atau menyembunyikan fakta yang material atau mengemukakan maklumat yang mengelirukan, atau memalsukan apa-apa dokumen bagi maksud Enakmen ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit atau dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan, atau keduaduanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.