ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 10 - DARIHAL PEMBEBASAN ATAU SABITAN TERDAHULU



Seksyen 135. Alasan pembebasan atau sabitan terdahulu

(1) Alasan pembebasan atau sabitan terdahulu bolehlah dikemukakan sama ada secara lisan atau bertulis yang menyatakan bahawa menurut kuasa seksyen 134 tertuduh tidak boleh dibicarakan.

(2) Alasan sedemikian bolehlah dikemukakan bersama dengan apa-apa alasan lain, tetapi isu yang ditimbulkan oleh alasan sedemikian hendaklah dibicarakan dan dibereskan sebelum isu-isu yang ditimbulkan oleh alasan lain itu dibicarakan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.