ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 69. Anggapan tentang buku, peta dan carta.

Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana buku yang boleh dirujuk olehnya untuk mendapatkan maklumat mengenai Hukum Syarak atau mengenai apa-apa perkara yang berkepentingan awam atau berkepentingan am, dan bahawa mana-mana peta atau carta yang disiarkan yang pernyataan mengenainya adalah fakta relevan dan yang dikemukakan untuk pemeriksaannya, telah ditulis dan disiarkan oleh orang yang olehnya dan pada masa dan ditempat di mana ia berupa sebagai telah ditulis atau disiarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.