ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 32. Mendirikan Masjid berlawanan dengan UPAI(Ps) 1963 (Sek. 75).

(1) Sesiapa yang mendiri, menghadiah atau menggunakan mana-mana bangunan sebagai sebuah Masjid berlawanan dengan syarat-syarat seksyen 75 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1963 adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah boleh, tertakluk kepada apa-apa hak mana-mana pihak ketiga, memerintah orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah sub-seksyen (1) supaya merobohkan Masjid atau bangunan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.