ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 11. Cara menangkap.

(1) Apabila Pegawai Penguatkuasa Syariah atau orang lain hendak menangkap orang, dia hendaklah dengan sesungguhnya memegang atau menahan badan orang yang hendak ditangkap itu, melainkan jika orang itu menyerahkan dirinya baik dengan percakapan ataupun tingkah lakunya.

(2) Jika orang yang hendak ditangkap itu melawan dengan kekerasan atau cuba lari daripada tangkapan itu, maka pegawai atau orang lain itu boleh menggunakan sebarang langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.

(3) Seksyen ini tiadalah sekali-kali memberi hak untuk menyebabkan kematian pada seseorang.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.