ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Pendapat Orang Ketiga menjadi Qarinah



Seksyen 36. Bila pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf ialah qarinah.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa hak atau ‘urf, maka pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf itu daripada orang yang mungkin tahu mengenai kewujudan hak atau ‘urf itu, jika ia wujud, ialah qarinah.

Huraian—Ungkapan “hak atau ‘urf” termasuklah hak atau ‘urf yang umum bagi sebilangan besar golongan orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.